my rainbow vector bliss.
this is : lala.blogspot.com
rainnnnnbow vector.
all glen's idea.
=3
glen's awesome at advising. haha.
so, I just got back from camp, & boy, it was fun.
so, I decided to make a new skin. ;]
not sure if this will score but yeah.
navigations on top. =)
Thursday, 10 November 2011
about:
Karangan Naratif Khaliq
author:name here
Karangan Naratif
Nama : Muhammad Khaliq Bin Jamil
Kelas : 307
Tajuk : Tuliskan sebuah cerita tentang seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampung dan kini,telah mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Ibu aku tidak pernah suka denganku. Dari kecil lagi aku didera olehnya kerana benci terhadapku. Ibu memang hendak seorang anak perempuan. Kelahiranku di dunia ini membuat ibuku sangat kecewa dan mulai hari itu, perangainya yang sangat sopan dan peramah yang dikenali seluruh kampong berubah. Dia menjadi seorang yang bengis dan tidak beradab. Tetapi Ibu lambat laun mula redha dan menerimaku sebagai anaknya. Aku masih ingatperistiwa itu.
“Oi budak bodoh! Engkau cakap apa tadi? Tidak mahu buat kerja lagi? Pergi sekarang sebelum aku sebat engkau nanti! Berambus!” jerit ibuku kepada insan yang lemah ini. Aku memang seorang lelaki yang lembut. Tidak larat aku menoreh getah sebesar hutan itu. Tetapi jikalau aku tidak buat, pasti akan disebat ibu. Ayah hanya boleh melihat aku dimaki ibu. Aku salam ayahku, mengambil topiku dan menuju ke hutan.
Keluargaku amat berada. Kami nmemiliki sebuah hutan yang besar. Ia sebesar separuh kampungku. Walaupun kami orang kapung, kami membuat bisnes di bandar. Pernahku ikut ayahku ke bandar untuk menghantar bahan mentah di sebuah kedai di situ. Ingin sekali aku tinggal di sana dan melanjutkan pelajaranku. Aku berkecimpung dalam bidang lukisan batik. Ia sangat menarik dan setiap kali aku habis lukisanku, aku pasti akan bahagia dengan hasilnya. Hasilnya sangat menawan dan jelita. . Tetapi bakatku tidaklah akan mahir di taraf ini tanpa bantuan Cik Juraimi. Dia amat terkenal di kampungku keerana bakatnya lukisan batik. Dia pun diberi anugerah kerana karyanya yang sungguh menakjubkan. Dia berkata aku adalah pelajar yang terbaik kerana cintanya aku dalam seni ini amat mendalam. Sudah beberapa kali dia ajak aku ke Bandar untuk lebih mengetahui cara-cara untuk lebih mahir dalam lukisan batik. Aku hanya menolak permintaannya kerana aku tahu ibu akan menyeserang dan menderita aku. Tetapi masa tunggu sudah akhir dan aku harus ikut Cik Juraimi. Berani buat, berani tanggung.
Aku lari dengan langkah seribu ke rumah untuk meminta izin ibu. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku. Ketakutan mula bergayut di sudut hatiku hanya memikirkan apa aku akan diberi oleh ibu. Aku menuju ke ibu dan mula bertanya.
“Ibu, boleh Nadim ikut Cik Juraimi ke Bandar. Saya ingin melanjutkan pelajaranku dalam lukisan batik? Saya boleh menampung diriku sendiri,” kataku dalam ketakutan. Dengan dadanya yang berombak-ombak, Ibuku membantah
“Engkau sudah gila? Siapa benarkan engkau melukis batik? Engakau buat ini belakang aku ya..Siapa engkau nanti!” Ibuku melurut ke biliknya untuk mencapai rotannya. Dengan ketakutan, aku pergi ke bilik mengambil bekalan untuk diriku dan terus lari dari rumah. Aku tidak akan balik ke rumah itu lagi. Air mataku mengalir dari mataku dan berlinang di pipiku. Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku di mindaku. Aku terus pergi ke rumah Cik Juraimi dan pergi mengejar cita-cita aku untuk menjadi pelukis batik yang terkenal dan cemerlang di dunia.
Sepuluh tahun sudah lepas dan namaku tersebar di merata dunia. Karyaku terkenal di mana-mana sahaja. Aku amat bangga dengan bakatku sekarang daripada dahulu. Tetapi malang Cik Juraimi sudah kembali ke rahmatullah tetapi jasa-jasanya terhadap akan melekat di hati ku.Kini aku tinggal di sebuah banglo besar, mempunyai tiga buah kereta dan ramai pembantu rumah. Dalam segala kejayaanku, aku teringat ibu. Dia yang membesarkanku walaupun dia tidak pernah sukakan aku. Dia yang mendidik aku walaupun dia sering maki aku. Aku rindu sangat dengan belaiannya. Aku harus balik ke kampungku walaupun aku mungkin tidak diterima.
Jejak pertamaku ke halaman rumah aku, sudah membawa bayak kenangan tentang tempat ini. Aku memberi salam kepada rumahku, berharap masih ada insan yang tinggal di rumah itu. Seorang perempuan yang sedang membongkok,muka kerepot dan berjalan dengan perlahan menjawab salamku.
“Nadim?Nadim anakku! Ke mana engkau menghilang? Tidakkah engkau kasihan dengan ibuku ini?Ibu insaf dan meminta maaf kepada engkau jikalau ibu melukakan engkau secara fizikal dan mental. Ibu sayang dengan engkau,” ibuku merayu kepada aku. Aku melontar beg aku ke tanah dan pergi mendakap ibuku. Aku mencurah segala kasih sayang ku ke ibuku yang tersayang. Kini ibuku dapat menerimaku sebagai anaknya dan bangga dengan kejayaanku. Aku berjanji akan aku sentiasa di sisi ibuku sampai ke akhir hayat.