my rainbow vector bliss.
this is : lala.blogspot.com
rainnnnnbow vector.
all glen's idea.
=3
glen's awesome at advising. haha.
so, I just got back from camp, & boy, it was fun.
so, I decided to make a new skin. ;]
not sure if this will score but yeah.
navigations on top. =)
Thursday, 10 November 2011
about:
Karangan Deskriptif Hizkil
author:name here
NAMA :Muhammad Hizkil Bin Mustaza
KELAS: Men 3E
KARANGAN DESKRIPTIF
TAJUK: Kuih Dadar Yang Tidak Disangka
Hari ceria apabila di pulau ubin. Murid-murid Sekolah Menengah East View telah sampai ke pulau yang cantik itu. Aku terpegun apabila melihat keadaan Pulau Ubin ini yang tua tertapi cantik. Aku dan kawan-kawanku berasa ghairah untuk aktiviti-aktiviti yang sedang menunggu untuk kita apabila kita telah sampai Kampung Riang Ria yang terdapat di Pulau Ubin.
Salah satu daripada aktiviti-aktiviti itu ialah memasak kuih Dadar. Aku diajar bagaimana untuk memasakkan Kuih Dadar itu dari seorang makcik dari kampung itu. Makcik itu mengajar saya bagaimana untuk membuat inti dan kuihnya sendiri. Makcik hanya melihatkan sahaja. Apabila giliran aku telah datang, aku terpaksa memasak kuih itu walaupun aku tidak ada keyakinan dalam diriku untuk membuat kuih dadar yang sedap. Aku tidak pernah sesekalipun memasak untuk diriku atau sesiapapun di dunia ini. Aku memberanikan diri dan memasakkan kuih itu sahaja.
Makcik memperhatikan bahawa aku kegementaran lalu memanggilku untuk memberi nasihat yang baik. Beliau berkatakan padaku untuk memasakkan sahaja dan mempercayakan diriku bahawa kuih dadar itu akan menjadi sedap. Aku mencuba mendengarkan nasihatnya lalu memasakkan kuih itu. Aku mengikut arahan makcik dan memula masakkan saya.
Pertama sekali aku harus membuat kulitnya dahulu. Warna kulit yang aku telah buat telah menjadi kuning. Warna asal Kuih Dadar itu ialah sebenarnya hijau. Keyakinanku semakin menurun apabila aku melihat akan warna kuih dadar aku itu. Aku hanya boleh mendiamkan sahaja
Setelah aku menghabis memasak kuih itu, semua kawan-kawanku melihatkan kuih dadar aku . Warnanya sangat aneh. Tetapi tidakku sangka, apabila aku merasa kuih itu, ia rasa sangat sedap.
Perjalanan ini telah memberiku pelajaran yang sangat penting dalam hidup aku iaitu janagn sesekali menanggap sesuatu itu tidak bagus sebelum mencuba.
about:
Karangan Naratif Khaliq
author:name here
Karangan Naratif
Nama : Muhammad Khaliq Bin Jamil
Kelas : 307
Tajuk : Tuliskan sebuah cerita tentang seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampung dan kini,telah mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Ibu aku tidak pernah suka denganku. Dari kecil lagi aku didera olehnya kerana benci terhadapku. Ibu memang hendak seorang anak perempuan. Kelahiranku di dunia ini membuat ibuku sangat kecewa dan mulai hari itu, perangainya yang sangat sopan dan peramah yang dikenali seluruh kampong berubah. Dia menjadi seorang yang bengis dan tidak beradab. Tetapi Ibu lambat laun mula redha dan menerimaku sebagai anaknya. Aku masih ingatperistiwa itu.
“Oi budak bodoh! Engkau cakap apa tadi? Tidak mahu buat kerja lagi? Pergi sekarang sebelum aku sebat engkau nanti! Berambus!” jerit ibuku kepada insan yang lemah ini. Aku memang seorang lelaki yang lembut. Tidak larat aku menoreh getah sebesar hutan itu. Tetapi jikalau aku tidak buat, pasti akan disebat ibu. Ayah hanya boleh melihat aku dimaki ibu. Aku salam ayahku, mengambil topiku dan menuju ke hutan.
Keluargaku amat berada. Kami nmemiliki sebuah hutan yang besar. Ia sebesar separuh kampungku. Walaupun kami orang kapung, kami membuat bisnes di bandar. Pernahku ikut ayahku ke bandar untuk menghantar bahan mentah di sebuah kedai di situ. Ingin sekali aku tinggal di sana dan melanjutkan pelajaranku. Aku berkecimpung dalam bidang lukisan batik. Ia sangat menarik dan setiap kali aku habis lukisanku, aku pasti akan bahagia dengan hasilnya. Hasilnya sangat menawan dan jelita. . Tetapi bakatku tidaklah akan mahir di taraf ini tanpa bantuan Cik Juraimi. Dia amat terkenal di kampungku keerana bakatnya lukisan batik. Dia pun diberi anugerah kerana karyanya yang sungguh menakjubkan. Dia berkata aku adalah pelajar yang terbaik kerana cintanya aku dalam seni ini amat mendalam. Sudah beberapa kali dia ajak aku ke Bandar untuk lebih mengetahui cara-cara untuk lebih mahir dalam lukisan batik. Aku hanya menolak permintaannya kerana aku tahu ibu akan menyeserang dan menderita aku. Tetapi masa tunggu sudah akhir dan aku harus ikut Cik Juraimi. Berani buat, berani tanggung.
Aku lari dengan langkah seribu ke rumah untuk meminta izin ibu. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatiku. Ketakutan mula bergayut di sudut hatiku hanya memikirkan apa aku akan diberi oleh ibu. Aku menuju ke ibu dan mula bertanya.
“Ibu, boleh Nadim ikut Cik Juraimi ke Bandar. Saya ingin melanjutkan pelajaranku dalam lukisan batik? Saya boleh menampung diriku sendiri,” kataku dalam ketakutan. Dengan dadanya yang berombak-ombak, Ibuku membantah
“Engkau sudah gila? Siapa benarkan engkau melukis batik? Engakau buat ini belakang aku ya..Siapa engkau nanti!” Ibuku melurut ke biliknya untuk mencapai rotannya. Dengan ketakutan, aku pergi ke bilik mengambil bekalan untuk diriku dan terus lari dari rumah. Aku tidak akan balik ke rumah itu lagi. Air mataku mengalir dari mataku dan berlinang di pipiku. Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku di mindaku. Aku terus pergi ke rumah Cik Juraimi dan pergi mengejar cita-cita aku untuk menjadi pelukis batik yang terkenal dan cemerlang di dunia.
Sepuluh tahun sudah lepas dan namaku tersebar di merata dunia. Karyaku terkenal di mana-mana sahaja. Aku amat bangga dengan bakatku sekarang daripada dahulu. Tetapi malang Cik Juraimi sudah kembali ke rahmatullah tetapi jasa-jasanya terhadap akan melekat di hati ku.Kini aku tinggal di sebuah banglo besar, mempunyai tiga buah kereta dan ramai pembantu rumah. Dalam segala kejayaanku, aku teringat ibu. Dia yang membesarkanku walaupun dia tidak pernah sukakan aku. Dia yang mendidik aku walaupun dia sering maki aku. Aku rindu sangat dengan belaiannya. Aku harus balik ke kampungku walaupun aku mungkin tidak diterima.
Jejak pertamaku ke halaman rumah aku, sudah membawa bayak kenangan tentang tempat ini. Aku memberi salam kepada rumahku, berharap masih ada insan yang tinggal di rumah itu. Seorang perempuan yang sedang membongkok,muka kerepot dan berjalan dengan perlahan menjawab salamku.
“Nadim?Nadim anakku! Ke mana engkau menghilang? Tidakkah engkau kasihan dengan ibuku ini?Ibu insaf dan meminta maaf kepada engkau jikalau ibu melukakan engkau secara fizikal dan mental. Ibu sayang dengan engkau,” ibuku merayu kepada aku. Aku melontar beg aku ke tanah dan pergi mendakap ibuku. Aku mencurah segala kasih sayang ku ke ibuku yang tersayang. Kini ibuku dapat menerimaku sebagai anaknya dan bangga dengan kejayaanku. Aku berjanji akan aku sentiasa di sisi ibuku sampai ke akhir hayat.
Wednesday, 9 November 2011
about:
Renungan
author:name here
Antara usaha-usaha pemerintah dalam mengekalkan Pulau Ubin sebagai rizab alam semulajadi ialah untuk menganjurkan lawatan ke Pulau Ubin seperti kami telah pergi. Dengan ini, ramai pemuda-pemudi akan lebih tahu tentang tradisi-tradisi penduduk Pulau Ubin dan dapat mengekalkannya. Kini ramai pelajar-pelajar lebih mengetahui tentang hal-hal yang sedang berlaku di Pulau Ubin.
about:
Penutup.
author:name here
Lawatan kami berakhir dengan majlis kemenangan. Setiap kumpulan diberi marakah daripada cikgu-cikgu dalam acara-acara tadi. Untuk memasak, kami menerima sebuah buku Saujana Pujangga. Saya mendapat tempat kedua dalam acara itu kerana penampilan kuih dadar saya amat lawa. Selepas itu, kami semua berkumpul dan menaik bus ke jeti Pulau Ubin. Kami mengambil beberapa gambar sebagai kenangan tentang pulau itu. Kami menaik bot balik ke Singapore.Saya rasa lawatan ini amat memuaskan dan ia menunjuk kita bagaimana orang kampung hidup dan kita harus bersyukur dengan yang kita ada. Ia mengajar kita untuk berdikari dan adab-adab orang Melayu.
about:
Melukis Batik
author:name here
Akhirnya kami membuat lukisan batik. Sekarang guru kita,ialah Cik Juraimi. Cik Juraimi mengajar kita bagaimana untuk melukis dan mewarnakan batik kita. Sebelum kita mewarnakan batik,kita harus melukis gambar kita dengan menggunakan lilin cair ke atas sehelai kain. setelah melukis dengan menggunakan lilin. kita boleh mewarnakan lukisan batik kita. Cik Juraimi juga mengajar kita untuk menghilangkan lilin itu kalau kita tertumpah atau tersalah lukis. Untuk menghilangkan lilin, kita harus menggunakan perwarna dan juga pisau yang kecil. Pisau itu akan digunakan untuk mengorek lilin dari belakang kain itru, sambil menggunakan perwarna untuk mewarnakan lukisan batik kita.
about:
Makanan Tradisional
author:name here
Kami pulang ke rumah tuan rumah kerana kita harus pergi ke stesen yang baru iaitu Memakan Makanan Tradisional! Kami semua tidak sabar kerana kami sedang lapar dan ingin mencuba makanan Pulau Ubin. Kami diketuai oleh Cik Su dan Cik Ros. Mereka sangat peramah dan pandai. Mereka mengajar kita bagaimana untuk memasak Kuih Dadar. Ia sejenis kuih yang hanya menggunakan tepung, telur, jus dan daun pandan dan secubit garam untuk perasa. Untuk intinya, ia menggunakan kelapa parut dan gula melaka. Pertama kita harus panaskan kuali dan seterusnya tuang cecair itu ke dalam kuali. Setelah ia sudah masak kita angkat kuih itu dan meletak inti ke dalamnya. Kita harus membalutnya dan menutupnya. Selepas memasak, apa lagi MAKAN! Kita juga makan gorang pising dan kuih jemput-jemput pisang. Sungguh memuaskan!
Tuesday, 8 November 2011
about:
Menjelajah Kampung
author:name here
Tiba di kampung,kami disambut oleh dua orang instruktur di depan halaman rumah iaitu sebuah serambi. Kita memasuki rumah itu ke ruang tamu . Kami diberi taklimat tentang kegiatan-kegiatan kami di sini. Kami juga dibawa untuk menjelajah rumah itu. Di dalam rumah itu terdapat beberapa bilik dan bilik yang terpaling besar ialah bilik utama. Selepas itu kami ke tingkat dua untuk mengetahui perbezaan antar bilik lelaki dan bilik perempuan. Bilik perempuan memiliki sebuah katil. Katil di bilik perempuan sahaj kerana perempuan dilihat sebagai seseorang yang lembut dan manis.Seterusnya, kita pergi ke luar danmelihat perigi dan tandas di situ. Kami juga mencuba bermain tarik upih dan ia amat seronok! Tetapi nasib kita malang kerana ia mula hujan. Kita harus masuk ke dalam rumah dan bermain permainan di dalam. Kami bermain tapak kuda, gasing dan congkak. Kawan saya Khaliq amat handal dalam permainan itu. Kami memeberinya nama King Gasing! Pada keseluruhannya, kami telah berseronokkan di sana!